Rabu, 26 Mei 2010
PASAR ROMPIN DULU DAN KINI
Kalau dulu pasar rompin serba kekurangan terletak dalam bandar Rompin,dekat dengan stesen bas Rompin tetapi kini Pasar Rompin sudah berubah wajah,berdekat dengan perumahan dan Pantai hiburan Rompin.
Apa yang menarik dari segi kemudahan memang canggih,dimana setiap bahagian barangan jualan ada papan tanda bagi kemudahan pengguna. dengan tempat letak kereta yang luas memudahkan pengunjung.
Pasar lama sudah berubah wajah dijadikan tempat jualan barangan RM2.00 namun kenangan zaman penggunaannya dulu merupakan tempat masyarakat Rompin menjalankan perniagaan harian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
salam,
Sebagai Anak Rompin saya bersyukur kerana Rompin semakin membangun. Jika dibandingkan dengan 20 tahun yg lalu, kawasan yg dulunya hutan dan belukar kini dipenuhi projek pembangunan. Dan rompin akan terus membangun.
Apapun, setiap pembangunan perlukan perancangan dan strategi yang teliti.
Pasar baru yg tersergam itu tampak cantik, tetapi tidak begitu mendalaman dan teliti perancangannya.
Dari segi susunan dan rekaletak ruang niaga , sama ada di bahagian dalam maupun di bahagiaan luar sewajarnya memberi manfaat secara adil kepada semua peniaga.
Rekabentuk ruang menjual ikan dan sayuran, sepatutnya dirancang supaya lebih sesuai dan mudah bagi peniaga menjalankan perniagaan. Ruang legar di bahagian dalam yang amat lapang kelihatan agak membazir, sedangkan meja ruangniaganya sempit dan tidak praktikal.
Di bahagian luar, lihatlah, peniaga-peniaga runcit (bukan peniaga ikan/sayur) yang kedai kedainya terletak di bahagian hujung, tidak dikunjungi pelanggan kerana rekaletak kedudukannya yang tidak strategik.
Bagi saya, sebenarnya susunatur/ pelan pasar itu sepatutnya disusun dan dirancang dengan lebih rapi supaya semua pihak mendapat manfaat secara maksimun.
Dalam beberapa tahun akan datang, kita akan dapat saksikan bagaimana pula mantaience / penyelengaraan pasar itu diuruskan.
Dari segi kebersihan, sepatunya lebih terurus.
Kita aamat mengharapkan Rompin terus membangun, tetapi setiap pembangunnanya perlu dirancang dengan teliti. Tidahlah kita nanti dikatakan sekadar "melepaskan batuk di tangga sahaja".
Pasar Rompin memang nampak cantik tetapi tidak ramai pengunjung. Ramai peniaga mengeluh kerana tiada pelanggan. Rata-rata mereka mengatakan berniaga dipasar baru ini lebih teruk dan terpaksa makan modal.
Jika masalah ini berterusan, ramai peniaga akan gulung tikar.
Pihak yang berkenaan perlu mencari jalan supaya pasar ini lebih maju dan bolih memberi manfaat kepada masyarakat Rompin.
Catat Ulasan